pixivision - Senarai ilustrasi istimewa Chiikawa

Viral menerusi adaptasi filem! Apakah rahsia Pulau Mermaid..? - Koleksi fanart Siren dan Mermaid daripada Chiikawa
*Harap maklum bahawa kemungkinan terdapat spoiler jalan cerita dalam artikel ini.

Komik "Chiikawa: Nanka Chiisakute Kawaii Yatsu" (pengarang: Nagano), yang turut popular dalam versi animenya, telah menambat hati ramai peminat melalui watak-wataknya yang comel dan penuh keperibadian seperti Chiikawa, Hachiware dan Usagi.

Selain interaksi Chiikawa dan rakan-rakannya yang comel dan menenangkan, mereka juga bekerja untuk mendapatkan ganjaran, mencabar diri dalam pelbagai ujian, dan kadangkala terlibat dalam kejadian yang agak menakutkan. Bukan sekadar tentang kecomelan, dunia cerita yang keras dan penuh dengan unsur mendalam juga menjadi antara sebab karya ini menarik ramai peminat.

Episod panjang yang popular dalam karya asal, yang dikenali sebagai bab Siren, kini telah diadaptasikan menjadi filem bertajuk "Chiikawa: The Secret of Mermaid Island". Sebagai adaptasi filem pertama Chiikawa, ia telah menarik perhatian ramai.

Kisahnya bermula apabila Usagi, dengan sekeping risalah yang melekat di wajahnya, datang menemui Chiikawa dan Hachiware yang sedang bersantai di sebuah dataran. Kandungan risalah tersebut kedengaran agak mencurigakan: "Sertai pemburuan mudah di sebuah pulau dan dapatkan ganjaran 100 kali ganda!". Setelah mengetahui bahawa terdapat juga ramen khas pulau dan pelbagai manisan yang boleh dinikmati, mereka pun memutuskan untuk menuju ke pulau tersebut.

Di pulau itulah Chiikawa dan rakan-rakannya bertemu dengan Siren. Seiring cerita berkembang, kejadian-kejadian yang berkaitan dengan makhluk tersebut serta rahsia yang tersembunyi di pulau itu mula terbongkar sedikit demi sedikit, membawa kepada perkembangan yang langsung tidak disangka...

Kali ini, kami telah mengumpulkan koleksi fanart yang menampilkan Siren dan Mermaid, dua watak penting dalam cerita ini. Daripada karya yang menggambarkan penampilan mereka yang penuh dengan daya tarikan hinggalah sisi yang menyeramkan dan penuh impak, nikmatilah pelbagai karya yang menarik ini!

Lihat lagi

Pulau duyung menanti di musim panas ini! - Koleksi fanart Chiikawa
*Harap maklum bahawa kemungkinan terdapat spoiler jalan cerita dalam artikel ini.

Komik "Chiikawa: Nanka Chiisakute Kawaii Yatsu" (pengarang: Nagano), yang turut popular dalam versi animenya, telah menambat hati ramai peminat melalui watak-wataknya yang comel dan penuh keperibadian. Di sebalik kisah kehidupan seharian yang menghangatkan hati, sesekali terserlah juga unsur menyayat hati serta dunia yang lebih keras dan serius.

Pada 24 Julai 2026, filem pertama dalam siri ini, "Chiikawa: The Secret of Mermaid Island", telah ditayangkan di pawagam. Filem ini menjadi topik hangat kerana membawakan bab Siren, salah satu bahagian kisah asal yang sangat popular, ke layar perak.

Kali ini, kami tleah membawakan pelbagai fanart, daripada ilustrasi yang membangkitkan suasana filem tersebut hinggalah karya yang sarat dengan daya tarikan Chiikawa dan rakan-rakannya yang comel seperti biasa! Nikmatilah!

Lihat lagi

Chiikawa bertemu watak popular lain...!? - Koleksi fanart crossover Chiikawa
Chiikawa, karya ciptaan Nagano, telah mencuri hati ramai peminat dengan dunia yang comel tetapi pada masa yang sama mempunyai sisi yang agak getir. Barisan wataknya yang penuh keperibadian serta latar dunianya yang unik terus memikat ramai peminat. Pada 24 Julai 2026, filem animasi pertamanya, Chiikawa the Movie: The Secret of Mermaid Island, turut dijadualkan ditayangkan di pawagam, sekali gus menambahkan lagi keterujaan peminat.

Di pixiv, terdapat juga banyak karya crossover yang menggambarkan Chiikawa, Hachiware, Usagi dan watak-watak lain daripada Chiikawa bertemu dengan penduduk dari dunia karya lain.

Kali ini, kami telah mengumpulkan koleksi fanart yang mempertemukan dunia Chiikawa dengan pelbagai karya lain. Nikmatilah pesona baharu yang lahir daripada gabungan-gabungan yang tidak disangkakan ini!

Lihat lagi