Pulau duyung menanti di musim panas ini! - Koleksi fanart Chiikawa

Komik "Chiikawa: Nanka Chiisakute Kawaii Yatsu" (pengarang: Nagano), yang turut popular dalam versi animenya, telah menambat hati ramai peminat melalui watak-wataknya yang comel dan penuh keperibadian. Di sebalik kisah kehidupan seharian yang menghangatkan hati, sesekali terserlah juga unsur menyayat hati serta dunia yang lebih keras dan serius.
Pada 24 Julai 2026, filem pertama dalam siri ini, "Chiikawa: The Secret of Mermaid Island", telah ditayangkan di pawagam. Filem ini menjadi topik hangat kerana membawakan bab Siren, salah satu bahagian kisah asal yang sangat popular, ke layar perak.
Kali ini, kami tleah membawakan pelbagai fanart, daripada ilustrasi yang membangkitkan suasana filem tersebut hinggalah karya yang sarat dengan daya tarikan Chiikawa dan rakan-rakannya yang comel seperti biasa! Nikmatilah!





















































