Sambutan Tayangan Kimetsu no Yaiba: Mugenjo-hen! - Kompilasi fanart Kamado Tanjiro, Agatsuma Zenitsu, Tomioka Giyuu dan Kochou Shinobu
Sebagai salah satu filem anime yang paling dinanti pada musim panas 2025, “Kimetsu no Yaiba: Mugenjo-hen - Bab 1: Kembalinya Akaza” telah ditayangkan pada 18 Julai dan segera mencuri perhatian ramai.
Dalam artikel ini, kami bukan sahaja memperkenalkan karya terbaharu tersebut, tetapi juga menampilkan fanart memukau yang memfokuskan kepada para watak utama yang menyerlah dalam filem ini.
Apakah “Kimetsu no Yaiba: Mugenjo-hen - Bab 1: Kembalinya Akaza”?
“Kimetsu no Yaiba” ialah kisah aksi pedang berlatarkan Jepun era Taisho, yang mengikuti perjalanan Kamado Tanjiro dalam usahanya memulihkan adiknya, Nezuka yang telah bertukar menjadi oni.
Karya asalnya ialah komik oleh Koyoharu Gotouge, yang diserialisasikan dalam Weekly Shonen Jump dari 2016 hingga 2020. Adaptasi anime TV bermula pada 2019, diikuti kejayaan besar filem layar lebar pada 2020, menjadikannya sebuah siri yang mendapat sokongan global.
Filem terbaharu ini, Mugenjo-hen - Bab 1:Kembalinya Akaza, bermula ketika Tanjiro dan rakan-rakannya sedang menjalani latihan bersama para anggota Demon Slayer Corps. Namun suasana itu berubah apabila musuh ketat mereka, Kibutsuji Muzan, tiba-tiba menyerbu kediaman keluarga Ubuyashiki, iaitu markas utama pasukan tersebut. Para Hashira serta Tanjiro yang bergegas menyelamatkan Oyakata-sama akhirnya dijatuhkan ke dalam ruang misteri yang dicipta oleh Muzan. Ia merupakan pintu masuk ke Istana Mugen, sarang utama para oni. Di sinilah pertarungan takdir antara Demon Slayer Corps dan para oni akhirnya memuncak.
Dengan jalan cerita yang dramatik, pembangunan watak Tanjiro yang penuh emosi, dan gambaran perasaan yang mendalam dari kedua-dua pihak, disatukan pula dengan visual animasi yang menakjubkan. Filem ini terus mencetuskan reaksi hangat sejak tayangan perdananya.
Sempena tayangan filem baharu ini, kami menampilkan koleksi fanart istimewa yang memfokuskan pada empat watak utama: Kamado Tanjiro, Agatsuma Zenitsu, Tomioka Giyu dan Kochou Shinobu. Sama anda anda ingin membuat warm-up sebelum menonton filem, atau mengenang kembali detik-detik emosional selepasnya, kami harap anda menikmati pilihan karya yang disediakan.
Kamado Tanjiro
Tanjiro berjiwa lembut, penyayang terhadap rakan-rakan, namun tetap tegas dan tidak gentar menghadapi cabaran. Beliau juga memiliki rasa empati yang mendalam, bahkan terhadap oni yang menjadi musuhnya.
Agatsuma Zenitsu
Pendekar muda yang merupakan rakan seangkatan Tanjiro.
Pengguna Pernafasan Kilat, Zenitsu hanya menguasai satu bentuk daripada enam teknik, namun dia melatihnya ke tahap tertinggi, menghasilkan kelajuan yang menakjubkan. Ketika terlalu takut, dia akan terlelap, dan dalam keadaan itulah kekuatannya yang sebenar muncul.
Tomioka Giyuu
Salah seorang Hashira, bergelar Pillar Air, dan menguasai sepenuhnya Pernafasan Air.
Berambut hitam panjang dan bersikap tenang serta rasional, Giyuu jarang menunjukkan emosinya. Namun jauh di dalam, dia memendam sisi yang penuh kelembutan dan belas kasihan.
Kochou Shinobu
Seorang Hashira bergelar Illar Serangga, pengguna Pernafasan Serangga.
Shinobu mahir dalam ilmu perubatan dan mencipta racun berbahan bunga wisteria untuk melumpuhkan oni. Mesra, sentiasa tersenyum, dan bertutur dengan sopan, namun di sebalik itu tersembunyi tekad yang tidak mudah goyah.
Watak-watak yang mewarnai dunia Kimetsu no Yaiba
Mahu lihat lebih banyak fanart Kimetsu no Yaiba?
Jom sertai pixiv & temui lebih banyak ilustrasi!
pixiv menempatkan lebih daripada 100 juta ilustrasi menarik yang dimuat naik oleh para pengkarya. Dengan mendaftar, anda boleh menyimpan karya kegemaran, mengikuti pengkarya pilihan, menapis hasil carian mengikut minat anda dan lain-lain. Pendaftaran adalah percuma!










































