Gyaru ceria yang sentiasa mengutamakan sahabat! - Koleksi fanart Sumika Shiun daripada Gakuen Idolmaster

Gakuen Idolmaster ialah sebuah permainan popular yang dilancarkan pada Mei 2024, sebagai sebahagian daripada siri permainan simulasi latihan idola "The Idolmaster". Pemain akan menjadi pelajar baharu dalam jurusan penerbitan di Akademi Hatsuboshi, sebuah sekolah latihan idola, lalu membimbing calon-calon idola melalui kelas dan latihan.
Sumika Shiun merupakan pelajar jurusan idola di Akademi Hatsuboshi yang mempunyai rambut panjang berwarna jingga kemerahan serta mata hijau yang menawan. Dia seorang gyaru yang agak tidak serius dan sering ponteng kelas serta latihan. Namun, dia mempunyai personaliti yang ceria, bertenaga dan mudah mesra sehingga mampu berkawan dengan sesiapa sahaja.
Sebelum memasuki akademi, dia pernah mencipta nama dalam dunia balat sehingga berjaya mengharumkan nama di peringkat antarabangsa dan mendapat perhatian serta harapan tinggi daripada orang sekeliling. Namun, dia sendiri tidak menunjukkan minat untuk menjadi seorang idola. Sebaliknya, dia lebih gemar memberikan sokongan kepada sahabat baiknya, Lilja Katsuragi, yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impiannya sebagai idola.
Kali ini, kami telah mengumpulkan koleksi fanart yang menampilkan Sumika Shiun daripada Gakuen Idolmaster. Nikmatilah!
Daftar ke pixiv dan temui lebih banyak ilustrasi!
Dengan lebih daripada 100 juta karya yang dimuat naik, pixiv ialah komuniti terbaik untuk menikmati ilustrasi kreatif. Setelah mendaftar, anda boleh menanda buku karya kegemaran, mengikuti pengkarya, serta menggunakan fungsi carian terperinci untuk menemui lebih banyak karya yang sesuai dengan cita rasa anda.
Pendaftaran adalah percuma.








































![Ada sesuatu yang tidak kena - Koleksi ilustrasi "Apa benda ini, seramnya!" [Amaran Kandugan Menyeramkan]](https://i.pximg.net/c/1200x630_q80_a2_g1_u1_icr0:0.027:1:0.959/img-original/img/2025/08/18/22/40/25/134052743_p0.jpg)

![[Tempoh terhad] Daun musim luruh gugur dengan lembut - Koleksi ilustrasi #pixivFallEffect](https://i.pximg.net/c/1200x630_q80_a2_g1_u1_icr0:0.256:1:0.626/img-original/img/2025/11/22/17/00/02/137758744_p0.jpg)