pixivision - Senarai ilustrasi istimewa Uma Musume

Keinginan untuk berubah dengan sepenuh hati! - Koleksi fanart Rice Shower dari Uma Musume
Uma Musume Pretty Derby ialah projek media campuran oleh Cygames. Kisah tentang Uma Musume yang diinspirasikan daripada kuda lumba ini dipersembahkan dalam pelbagai bentuk seperti anime dan permainan video, yang menampilkan perlumbaan sengit serta pelbagai drama.

Rice Shower, salah seorang Uma Musum, mempunyai gaya rambut dengan poni panjang yang menutupi sebelah matanya, serta topi dihiasi bunga mawar biru yang menjadi ciri khasnya. Dia mengenakan pakaian perlumbaan berwarna gelap dengan warna merah dan biru tua sebagai warna utama, memberikan aura yang anggun dan rapuh.

Disebabkan pernah melalui pengalaman apabila kemenangan dalam perlumbaan tidak diraikan oleh orang lain, dia menganggap bahawa dirinya hanya akan membawa malang kepada orang di sekeliling. Dia juga cenderung menganggap kejadian yang berlaku secara kebetulan sebagai sebahagian daripada sumpahan malangnya sendiri, lalu sering berasa teretekan. Namun begitu, dia tetap berusaha bersungguh-sungguh setiap hari untuk menghapuskan nasib malang tersebut dengan kekuatannya sendiri.

Kali ini, kami telah mengumpulkan koleksi fanart Rice Shower dari Uma Musume. Nikmatilah!

Lihat lagi

Penciptaan satu era baharu - Koleksi fanart Almond Eye dari Umamusume
Umamusume Pretty Derby ialah projek media campuran oleh Cygames. Kisah tentang “Umamusume” — gadis yang diinspirasikan daripada kuda lumba — yang menjalani perlumbaan penuh semangat serta drama, dipersembahkan melalui pelbagai medium seperti anime dan permainan.

Pada 24 Februari 2026, servis permainan ini menyambut ulang tahun ke-5 sejak pelancarannya. Pengumuman Umamusume baharu seperti “Forever Young” juga telah dibuat, menjadikannya topik hangat.

Selain itu, watak yang sudah lama menarik perhatian peminat, “Almond Eye”, akhirnya telah dilaksanakan sebagai Umamusume yang boleh dilatih. Dengan mata lurus yang memancarkan cahaya berbentuk salib, dia ialah pelajar teladan yang sangat stoik dan sentiasa berusaha keras. Dia juga sangat tidak suka kalah, sehingga kadangkala terlalu memaksa dirinya.

Dari segi penampilan, ciri yang menonjol termasuk warna rambut bahagian dalam dengan gradasi biru langit, reben putih besar di kepalanya, serta reben merah di pinggang pakaian perlumbaannya.

Kali ini, kami membawakan koleksi fanart Almond Eye dari Umamusume. Nikmatilah!

Lihat lagi

Popularitinya meletup di luar negara! - Kompilasi fanart Haru Urara dari “Uma Musume”
“Uma Musume Pretty Derby” ialah projek media campuran oleh Cygames yang menampilkan barisan “Uma Musume”, gadis-gadis istimewa yang diinspirasikan daripada kuda lumba sebenar. Mereka berlumba di trek sambil menonjolkan personaliti unik masing-masing, menjadikan siri ini hangat diperkatakan melalui anime, permainan video dan pelbagai medium lain.

Pada Jun 2025, versi bahasa Inggeris bagi permainan Uma Musume telah pun dilancarkan. Di media sosial, reaksi daripada pengguna berbahasa Inggeris mula membanjiri platform, dan antara watak yang paling mendapat perhatian ialah “Haru Urara”. Dalam komuniti peminat luar negara, banyak perkongsian tentang Haru Urara yang menyatakan betapa kisahnya, serta kisah kuda lumba sebenar yang menjadi motif wataknya yang sangat menyentuh hati.

Dalam “Uma Musume”, Haru Urara tampil sebagai gadis ceria berambut merah jambu. Keperibadiannya yang polos, penuh cahaya, dan tidak pernah berputus asa walaupun sering kalah dalam perlumbaan, menjadikan dirinya watak yang sangat disayangi. Senyuman yang tidak pernah pudar dan semangatnya yang tidak luntur adalah daya tarikan utamnya.

Untuk edisi kali ini, kami membawakan koleksi fanart Haru Urara yang mempesona daripada Uma Musume. Selamat menikmati pilihan karya yang telah kami himpunkan untuk anda!

Lihat lagi