Keinginan untuk berubah dengan sepenuh hati! - Koleksi fanart Rice Shower dari Uma Musume

Rice Shower, salah seorang Uma Musum, mempunyai gaya rambut dengan poni panjang yang menutupi sebelah matanya, serta topi dihiasi bunga mawar biru yang menjadi ciri khasnya. Dia mengenakan pakaian perlumbaan berwarna gelap dengan warna merah dan biru tua sebagai warna utama, memberikan aura yang anggun dan rapuh.
Disebabkan pernah melalui pengalaman apabila kemenangan dalam perlumbaan tidak diraikan oleh orang lain, dia menganggap bahawa dirinya hanya akan membawa malang kepada orang di sekeliling. Dia juga cenderung menganggap kejadian yang berlaku secara kebetulan sebagai sebahagian daripada sumpahan malangnya sendiri, lalu sering berasa teretekan. Namun begitu, dia tetap berusaha bersungguh-sungguh setiap hari untuk menghapuskan nasib malang tersebut dengan kekuatannya sendiri.
Kali ini, kami telah mengumpulkan koleksi fanart Rice Shower dari Uma Musume. Nikmatilah!
Daftar ke pixiv dan temui lebih banyak ilustrasi!
Dengan lebih daripada 100 juta karya yang dimuat naik, pixiv ialah komuniti terbaik untuk menikmati ilustrasi kreatif. Setelah mendaftar, anda boleh menanda buku karya kegemaran, mengikuti pengkarya, serta menggunakan fungsi carian terperinci untuk menemui lebih banyak karya yang sesuai dengan cita rasa anda.
Pendaftaran adalah percuma.
















































