15 tahun disayangi ramai! - Koleksi fanart Projek Tohoku Zunko & Zundamon

Kali ini, kami telah membawakan koleksi fanart yang menampilkan watak-watak daripada Projek Tohoku Zunko & Zundamon. Anataranya ialah Tohoku Zunko yang tampil anggun dengan rambut hijau yang mengingatkan kita kepada zunda mochi serta pakaian tradisional Jepun yang menawan, dan Zundamon yang terkenal dengan percakapannya yang berakhir dengan "nanoda". Turut muncul pelbagai watak lain yang mempunyai keunikan tersendiri. Nikmatilah!
FANBOX Print rasmi karya peminat "Projek ZunZun" kini bermula!
Kolaborasi antara "Projek ZunZun" dengan FANBOX Print telah bermula menerusi program FANBOX Print rasmi karya peminat "Projek ZunZun".
Kebiasaannya, FANBOX Print hanya membenarkan karya asli untuk dijual. Namun, dengan mematuhi garis panduan kandungan khas serta kaedah penyertaan yang ditetapkan, anda juga boleh mendaftarkan dan menjual ilustrasi serta komik fanart "Projek ZunZun" sebagai produk cetakan.
>>Kilk di sini untuk maklumat lanjut tentang FANBOX Print rasmi karya peminat "Projek ZunZun"<<
Projek muat naik ke pixiv "15 Tahun bersama Projek Tohoku Zunko" sedang berlangsung
Sebagai sambutan ulang tahun ke-15 "Projek ZunZun", pixiv kini sedang menganjurkan kempen penyertaan ilustrasi bertajuk "Projek ZunZun Ulang Tahun ke-15"!
Semua peserta akan menerima hadiah berupa data rakaman suara baharu khas daripada Tohoku Zunko dan Zundaman, yang hanya tersedia untuk kempen ini.
[Tema penyertaan]
・Ilustrasi untuk meraikan ulang tahun ke-15 Projek ZunZun
・Ilustrasi untuk meraikan hari jadi Tohoku Zunko
[Tag penyertaan]
zunzunpj_15th
Sama ada ilustrasi untuk menyampaikan ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-15, kenangan anda bersama watak-watak ini, mahupun karya untuk meraikan hari jadi Tohoku Zunko, kongsikan fanart yang mencerminkan diri anda sendiri! Jangan lupa sertakan tag "zunzunpj_15th" apabila memuat naik karya anda ke pixiv.
Kempen kolaborasi bersama pixiv Premium sedang berlangsung
pixiv Premium juga sedang mengadakan kempen kolaborasi khas sempena ulang tahun ke-15 "Projek ZunZun"!
Anda boleh menyertai kempen ini dengan melanggan pixiv Premium dalam tempoh yang ditetapkan.
Semua peserta akan menerima "latar belakang eksklusif" yang menggunakan ilustrasi visual utama baharu, serta "data suara eksklusif" Tohoku Zunko dan Zundaman yang dirakam khas untuk kempen ini!
Selain itu, seramai 10 orang peserta bertuah akan dipilih melalui cabutan bertuah untuk menerima "data bahan BB Zunda Horai Zun"!
Jangan lepaskan peluang ini walaupun anda belum menjadi pengguna pixiv Premium! Langgan pixiv Premium dan hantarkan penyertaan anda melalui halaman kempen.
>>Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang kempen kolaborasi pixiv Premium<<


























































































