Gadis yang telah hidup beratus tahun? - "Genshin Impact" Kompilasi fanart Citlali
Genshin Impact, permainan aksi RPG dunia terbuka yang dibangunkan oleh miHoYo, membawa pemain mengembara merentasi dunia fantasi Teyvat, tempat tujuh elemen saling berjalin. Dalam perjalan mencari semula kembarnya yang terpisah, pemain disajikan dengan landskap memukau - bagunan indah, alam semula jadi yang subur serta suasana epik yang menghidupkan dunia permainan ini.
Dalam dunia tersebut, muncul watak Citlali - seorang karakter berambut panjang merah jambu sehingga ke pinggang, dipadankan dengan mata biru yang mempesona. Beliau ialah ketua pendeta bagi puak “Masters of the Night-Wind” di Natian, yang mana mereka sangat handal dalam seni komunikasi dengan negara dewa malam serta mahir dalam ilmu ramalan. Citlali turut terkenal sebagai pencipta inovasi pelbagai alat upacara, sehingga namanya dikenali di seluruh Natlan. Walaupun penampilannya tampak seperti seorang gadis muda, hakikatnya beliau merupakan orang tua suku yang telah hidup lebih daripada 200 tahun.
Untuk edisi kali ini, kami menampilkan koleksi fanart yang menggambarkan pesona Citlali dalam pelbagai gaya dan interpretasi. Nikmatilah karya-karya penuh kreativiti ini!
Lihat himpunan kompilasi fanart Genshin Impact di sini!
Di pixivision, kami telah mengumpulkan artikel-artikel fanart Genshin Impact mengikut karakter dan wilayah. Terdapat banyak pilihan untuk anda terokai dan nikmati!





























