Pemuda bergelar "Naga Iblis" - Fanart Durin dari "Genshin Impact"
"Genshin Impact", permainan aksi RPG dunia terbuka yang dibangunkan oleh miHoYo, membawa pemain mengembara merentasi dunia fantasi Teyvat, tempat tujuh elemen saling berjalin. Dalam perjalan mencari semula kembarnya yang terpisah, pemain disajikan dengan landskap memukau - bagunan indah, alam semula jadi yang subur serta suasana epik yang menghidupkan dunia permainan ini.
Durin, naga iblis yang dicipta oleh ahli Majlis Ahli Sihir, "Kod R", iaitu ahli alkimia bergelar "Emas", Rhinedottir. Walaupun dia pernah membawa bencana besar ke Mondstadt, Durin sendiri sebenarnya tidak mempunyai niat jahat untuk memushankannya. Durin dalam rupa budak lelaki pada masa kini merupakan satu bentuk kehidupan baharu. Asalnya ialah "kewujudan dalam cerita" (Durin kecil) yang dicipta oleh ahli sihir Andersdotter yang berasa simpati terhadapnya, dan kemudiannya memperoleh tubuh fizikal melalui ritual Albedo yang menggunakan jantung naga iblis tersebut.
Walaupun dia masih berasa cemas dan keliru dalam pergaulan dengan orang lain, dia tetap berusaha dengan cara sendiri untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat manusia. Dengan adanya orang-orang yang menyayanginya dan mengambila berat tentangnya, dia sedikit demi sedikit belajar cara berinteraksi dengan persekitarannya.
Kali ini, kami menampilkan koleksi fanart yang menggambarkan Durin. Nikmatilah!
Daftar ke pixiv dan temui lebih banyak ilustrasi!
Pendaftaran adalah percuma.






























