Panglima musim sejuk yang riang! - Koleksi fanart Vesna daripada Genshin Impact

Genshin Impact, permainan aksi RPG dunia terbuka yang dibangunkan oleh miHoYo, membawa pemain mengembara merentasi dunia fantasi Teyvat, tempat tujuh elemen saling berjalin. Dalam perjalan mencari semula kembarnya yang terpisah, pemain disajikan dengan landskap memukau - bagunan indah, alam semula jadi yang subur serta suasana epik yang menghidupkan dunia permainan ini.
Vesna ialah seorang wanita daripada keluarga Strivozha, keturunan roh angin yang telah lama menetap di Snezhnaya. Dia berkhidmat sebagai komander Druzhina, pasukan pengawal peribadi yang berada di bawah perintah langsung Tsaritsa. Penampilannya yang anggun dan mempesona, dengan rambut perang keemasan yang panjang serta sepasang sayap yang besar, pasti meninggalkan kesan yang mendalam. Namun, di sebalik penampilannya itu, dia sebenarnya seorang yang riang, bebas dan sukar dijangka. Ada kalanya dia memandu kereta api pada kelajuan yang sangat tinggi atau mengenakan usikan terhadap rakan sekerjanya.
Kali ini, kami telah mengumpulkan koleksi fanart Vesna. Nikmatilah!
Daftar ke pixiv dan temui lebih banyak ilustrasi!
Dengan lebih daripada 100 juta karya yang dimuat naik, pixiv ialah komuniti terbaik untuk menikmati ilustrasi kreatif. Setelah mendaftar, anda boleh menanda buku karya kegemaran, mengikuti pengkarya, serta menggunakan fungsi carian terperinci untuk menemui lebih banyak karya yang sesuai dengan cita rasa anda.
Pendaftaran adalah percuma.












































