Si genius mekanikal yang anggun - Koleksi fanart Sandrone dari Genshin Impact

Genshin Impact, permainan aksi RPG dunia terbuka yang dibangunkan oleh miHoYo, membawa pemain mengembara merentasi dunia fantasi Teyvat, tempat tujuh elemen saling berjalin. Dalam perjalan mencari semula kembarnya yang terpisah, pemain disajikan dengan landskap memukau - bagunan indah, alam semula jadi yang subur serta suasana epik yang menghidupkan dunia permainan ini.
Sandrone ialah seorang watak dalam Genshin Impact yang merupakan Ahli Harbinger Fatui ke-7 daripada organisasi musuh, Fatui, dan dikenali dengan nama kod "Marionette". Walaupun memiliki paras rupa yang anggun dan comel, tutur kata serta sikapnya sering memberikan gambaran yang dingin dan tajam. Namun begitu, beliau sangat dihormati oleh orang sekelilingnya sebagai seorang Harbinger yang tenang, boleh diharap, dan sangat berkebolehan. Sandrone juga merupakan seorang genius yang mampu mencipta mesin-mesin berketepatan tinggi menggunakan formula matematik ciptaannya sendiri. Dalam kehidupan peribadinya pula, beliau gemar mengadakan majlis minum petang serta menghidangkan manisan buatan sendiri kepada para tetamunya.
Kali ini, kami telah mengumpulkan koleksi fanart yang menampilkan Sandrone. Nikmatilah!
Daftar ke pixiv dan temui lebih banyak ilustrasi!
Dengan lebih daripada 100 juta karya yang dimuat naik, pixiv ialah komuniti terbaik untuk menikmati ilustrasi kreatif. Setelah mendaftar, anda boleh menanda buku karya kegemaran, mengikuti pengkarya, serta menggunakan fungsi carian terperinci untuk menemui lebih banyak karya yang sesuai dengan cita rasa anda.
Pendaftaran adalah percuma.











































