Takut untuk dilupai, namun... - Koleksi fanart Ye Shunguang daripada "Zenless Zone Zero"
“Zenless Zone Zero” (ringkasan: ZenZero) ialah sebuah RPG fantasi bandar yang berlatarbelakangkan dunia moden yang musnah akibat bencana, dibangunkan oleh miHoYo, studio yang terkenal melalui “Genshin Impact” dan “Honkai: Start Rail”.
Watak "Ye Shunguang" yang muncul dalam karya ini merupakan ahli dojo seni ritual di Daerah Waifei, iaitu Gunung Yunkui. Beliau ialah murib kepada ketua mazhab, Yixuan dan juga seorang pendekar pedang yang hebat. Dari segi penampilan, rambutnya yang berwarna perang kemerahan serta ekornya yang lebat memberikan daya tarikan yang comel.
Shunguang telah dipilih oleh pusaka agung Gunung Yungyue, iaitu Pedang Qingming, lalu menjadi tuan kepada pedang tersebut. Namun, pedang ini memiliki sifat seperti sumpahan yang merampas ingatan dan kelima-lima deria tuannya. Demi rasa tanggungjawab untuk "melindungi semua orang", Shunguang menerima takdir itu, tetapi pada masa yang sama beliau dilanda ketakutan yang mendalam kerana suatu hari nanti beliau mungkin akan melupakan orang-orang yang paling beharga baginya. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha untuk tidak melupakannya dengan menulis peristiwa harian dalam diari dan mencatat nama di belakang foto, tanpa henti.
Shunguang yang satu lagi berambut putih, yang seakan-akan bayangan kepada dirinya, memiliki personaliti yang berbeza daripada dirinya yang biasanya serius. Di sebalik penampilan itu tersembunyi perasaan sebenar lain yang jarang diperlihatkan.
Kali ini, kami membawakan koleksi fanart Ye Shunguang daripada Zenless Zone Zero. Nikmatilah!

悪夢
by ういくし(uixy)
Daftar ke pixiv dan temui lebih banyak ilustrasi!
Dengan lebih daripada 100 juta karya yang dimuat naik, pixiv ialah komuniti terbaik untuk menikmati ilustrasi kreatif. Setelah mendaftar, anda boleh menanda buku karya kegemaran, mengikuti pengkarya, serta menggunakan fungsi carian terperinci untuk menemui lebih banyak karya yang sesuai dengan cita rasa anda.
Pendaftaran adalah percuma.































