Menjaga disiplin di Planarcadia! - Koleksi fanart Evanescia dari "Honkai: Star Rail"

“Honkai: Start Rail” ialah sebuah RPG strategi pengembaraan angkasa lepas yang dibangunkan oleh HoYoverse (miHoYo), studio yang turut terkenal melalui Genshin Impact. Dalam permainan ini, pemain menjadi penumpang baharu “Star Rail”, sebuah kereta api antara galaksi yang merentasi bintang-bintang dan tamadun di seluruh alam semesta
Evanescia, watak yang muncul dalam karya ini, merupakan pengantara bagi acara “Phantasmoon Games” yang diadakan di Planarcadia, dan juga bertugas sebagai ahli jawatankuasa disiplin sekolah. Dia ialah seorang watak misteri yang penuh teka-teki. Cara percakapannya yang menggunakan gaya bahasa klasik, seperti memanggil dirinya “beta”, juga menjadi salah satu ciri uniknya.
Dari segi penampilan, rambut merah jambunya, reben besar di atas kepala, serta telinga musang yang panjang memberikan impresi yang sangat menonjol. Pedang yang dibawanya pula berupa pembaris besar yang dihiasi reben. Dia juga mempunyai sisi lain sebagai peminat tegar komik popular "Fluffy Across the Blue".
Kali ini, kami telah mengumpulkan fanart Evanescia dari Honkai: Stair Rail. Nikmatilah!
Daftar ke pixiv dan temui lebih banyak ilustrasi!
Dengan lebih daripada 100 juta karya yang dimuat naik, pixiv ialah komuniti terbaik untuk menikmati ilustrasi kreatif. Setelah mendaftar, anda boleh menanda buku karya kegemaran, mengikuti pengkarya, serta menggunakan fungsi carian terperinci untuk menemui lebih banyak karya yang sesuai dengan cita rasa anda.
Pendaftaran adalah percuma.






























