pixivision - Senarai ilustrasi istimewa Honkai: Star Rail

Keberanian yang penuh dengan misteri - Koleksi fanart Yao Guang dari "Honkai: Star Rail"
“Honkai: Star Rail” ialah sebuah RPG strategi pengembaraan angkasa lepas yang dibangunkan oleh HoYoverse (miHoYo). Dalam permainan ini, pemain menjadi penumpang baharu “Star Rail”, sebuah kereta api antara galaksi yang merentasi bintang-bintang dan tamadun di seluruh alam semesta.

Yao Guang ialah individu yang memimpin “Yuden” dalam Perikatan Xianzhou. Dikenali juga dengan gelaran Jeneral Rong Tao, dia merupakan seorang peramal yang mahir dalam seni ramalan.

Penampilannya yang dihiasi warna putih dan biru serta aksesori burung merak memancarkan keanggunan. Senyuman penuh makna yang terukir di wajahnya memberikan aura misteri. Namun, keperibadiannya berani dan tidak gentar. Dia sanggup memilih jalan yang berisiko dan terjun ke tempat berbahaya, menunjukkan sisi yang sukar dijangka. Daripada hanya merancang secara diam, dia lebih gemar bertindak sendiri untuk mengubah keadaan.

Kali ini, kami telah mengumpulkan fan art yang menggambarkan Yao Guang dari "Honkai: Star Rail". Nikmatilah!

Lihat lagi

Idola gadis genius super yang terhebat! - Koleksi fanart Sparxie dari "Honkai: Star Rail"
“Honkai: Start Rail” ialah sebuah RPG strategi pengembaraan angkasa lepas yang dibangunkan oleh HoYoverse (miHoYo), studio yang turut terkenal melalui Genshin Impact. Dalam permainan ini, pemain menjadi penumpang baharu “Star Rail”, sebuah kereta api antara galaksi yang merentasi bintang-bintang dan tamadun di seluruh alam semesta.

Sparxie yang muncul dalam karya ini ialah seorang streamer popular yang aktif di “Duality Paradise”. Dengan rupa yang comel, citarasa yang luar biasa, serta gaya penyampaian yang inovatif, dia berjaya menawan hati golongan muda dan dengan cepat menjadi pempengaruh teratas.

Penampilannya pula menonjol dengan pakaian berasaskan warna merah dan putih, serta topi kecil bermotif arnab. Tanda berbentuk hati dan berlian di bawah matanya juga menambahkan lagi kecomelannya.

Kali ini kami menampilkan koleksi fanart Sparxie dari “Honkai: Star Rail”. Nikmatilah!

Lihat lagi

Permaisuri yang agung - Kompilasi fanart Cerydra dari “Honkai: Star Rail”
“Honkai: Start Rail” ialah sebuah RPG strategi pengembaraan angkasa lepas yang dibangunkan oleh HoYoverse (miHoYo), studio yang turut terkenal melalui Genshin Impact. Dalam permainan ini, pemain menjadi penumpang baharu “Star Rail”, sebuah kereta api antara galaksi yang merentasi bintang-bintang dan tamadun di seluruh alam semesta.

Antara watak yang ditemui dalam pengembaraan tersebut ialah Cerydra, salah seorang wira “Keturunan Keemasan” yang berjuang demi menyelamatkan Amphoreus. Meskipun merujuk diri sebagai “boku”, penampilannya tetap memancarkan keagungan, dengan mahkota dan tongkat yang menyerlahkan martabatnya sebagai seorang pemerintah. Berkeperibadian tegas dan penuh keyakinan, Cerydra digelar “Kaisar”, dan sebutan itu sepadan dengan kecerdasan serta ketajaman analisanya. Namun, di sebalik keanggunannya tersimpan pandangan dingin terhadap dunia. Beliau menganggap segala-galanya, termasuk dirinya sendiri sebagai “batu catur” di atas papan sejarah. Selagi percaya keputusan itu akan membawa manfaat kepada generasi seterusnya, beliau sanggup menerima apa jua pengorbanan.

Untuk edisi kali ini, kami menampilkan koleksi fanart yang menggambarkan kenaggungan dan kekuatan Cerydra dari pelbagai sudut kreatif. Nikmatilah himpunan karya khas ini!

Lihat lagi

Gadis yang menyaksikan detik terakhir sesuatu jiwa - Kompilasi fanart Castorice dari “Honkai: Star Rail”
“Honkai: Start Rail” ialah sebuah RPG strategi pengembaraan angkasa lepas yang dibangunkan oleh HoYoverse (miHoYo), studio yang turut terkenal melalui Genshin Impact. Dalam permainan ini, pemain menjadi penumpang baharu “Star Rail”, sebuah kereta api antara galaksi yang merentasi bintang-bintang dan tamadun di seluruh alam semesta.

Di  salah satu dunia tersebut, Amphoreus, munculnya watak Castorice, seorang pengurus tanah perkuburan di kota suchi Okhema, yang digelar “Kota Abadi”. Dengan rambut ungu lembut yang diikat di kedua-dua sisi serta pakaian bertema putih dan ungu, Castorice membawa aura misteri yang sunyi dan tenang. Dalam pertarungan, Castorice mengayunkan sabit besar sebagai senjata dan mampu memanggil roh ingatan bernama “Naga Maut”. Di luar tugasnya, dia gemar melakukan kerja saluman serta membaca. Aksesori rama-rama dan bunga yang dipakainya adalah hasil buatannya sendiri, menggambarkan sisi halus dan artistik dirinya.

Untuk edisi kali ini, kami menampilkan koleksi fanart indah yang menggambarkan Castorice dalam pelbagai interpretasi kreatif. Nikmatilah pilihan karya khas ini!

Lihat lagi