Permaisuri yang agung - Kompilasi fanart Cerydra dari “Honkai: Star Rail”
“Honkai: Start Rail” ialah sebuah RPG strategi pengembaraan angkasa lepas yang dibangunkan oleh HoYoverse (miHoYo), studio yang turut terkenal melalui Genshin Impact. Dalam permainan ini, pemain menjadi penumpang baharu “Star Rail”, sebuah kereta api antara galaksi yang merentasi bintang-bintang dan tamadun di seluruh alam semesta.
Antara watak yang ditemui dalam pengembaraan tersebut ialah Cerydra, salah seorang wira “Keturunan Keemasan” yang berjuang demi menyelamatkan Amphoreus. Meskipun merujuk diri sebagai “boku”, penampilannya tetap memancarkan keagungan, dengan mahkota dan tongkat yang menyerlahkan martabatnya sebagai seorang pemerintah. Berkeperibadian tegas dan penuh keyakinan, Cerydra digelar “Kaisar”, dan sebutan itu sepadan dengan kecerdasan serta ketajaman analisanya. Namun, di sebalik keanggunannya tersimpan pandangan dingin terhadap dunia. Beliau menganggap segala-galanya, termasuk dirinya sendiri sebagai “batu catur” di atas papan sejarah. Selagi percaya keputusan itu akan membawa manfaat kepada generasi seterusnya, beliau sanggup menerima apa jua pengorbanan.
Untuk edisi kali ini, kami menampilkan koleksi fanart yang menggambarkan kenaggungan dan kekuatan Cerydra dari pelbagai sudut kreatif. Nikmatilah himpunan karya khas ini!

























