Gadis yang menyaksikan detik terakhir sesuatu jiwa - Kompilasi fanart Castorice dari “Honkai: Star Rail”
“Honkai: Start Rail” ialah sebuah RPG strategi pengembaraan angkasa lepas yang dibangunkan oleh HoYoverse (miHoYo), studio yang turut terkenal melalui Genshin Impact. Dalam permainan ini, pemain menjadi penumpang baharu “Star Rail”, sebuah kereta api antara galaksi yang merentasi bintang-bintang dan tamadun di seluruh alam semesta.
Di salah satu dunia tersebut, Amphoreus, munculnya watak Castorice, seorang pengurus tanah perkuburan di kota suchi Okhema, yang digelar “Kota Abadi”. Dengan rambut ungu lembut yang diikat di kedua-dua sisi serta pakaian bertema putih dan ungu, Castorice membawa aura misteri yang sunyi dan tenang. Dalam pertarungan, Castorice mengayunkan sabit besar sebagai senjata dan mampu memanggil roh ingatan bernama “Naga Maut”. Di luar tugasnya, dia gemar melakukan kerja saluman serta membaca. Aksesori rama-rama dan bunga yang dipakainya adalah hasil buatannya sendiri, menggambarkan sisi halus dan artistik dirinya.
Untuk edisi kali ini, kami menampilkan koleksi fanart indah yang menggambarkan Castorice dalam pelbagai interpretasi kreatif. Nikmatilah pilihan karya khas ini!































