Misteri di dalam istana dihadapi sekali lagi - Kompilasi fanart Maomao dan Jinshi dari "Kusuriya no Hitorigoto”
Musim kedua anime TV “Kusuriya no HItorigoto” kini bersiaran bermula 10 Januari 2025.
Pada musim pertama, unsur misteri yang tercetus apabila Maomao, anak kepada seorang pengamal perubatan yang bekerja dalam istana, mula menyiasat pelbagai insiden yang berlaku berturut-turut telah menjadi bualan ramai. Selain itu, tercetus juga insiden di mana nyawa Jinshi, sang kasim yang tampan, menjadi buruan, yang mana telah menjadikan jalan cerita semakin penuh dengan teka-teki. Kini, dalam musim kedua, perhatian peminat tertumpu pada apakah kes sukar yang bakal dihadapi Maomao dan Jinshi seterusnya. Di pixiv, ramai pengguna telah memuat naik fanart yang menawan berdasarkan “Kusuriya no Hitorigoto”.
Untuk edisi kali ini, kami menampilkan himpunan fanart yang memfokuskan pada Maomao dan Jinshi. Nikmatilah pilihan karya yang telah pilih khas untuk anda.

































