Percikan api yang indah - Koleksi ilustrasi bunga api tangan

Bungai api tangan yang memercikkan cahaya halus merupakan salah satu hiburan yang sinonim dengan musim panas. Jejak cahaya yang berayun serta watak-watak yang diterangi oleh kilauan percikan api menghasilkan permandangan yang sangat indah. Ilustrasi yang menggunakan bunga api jenis senko hanabi yang padam seketika sebagai simbol berakhirnya musim panas juga mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.
Kali ini, kami telah mengumpulkan koleksi ilustrasi yang menampilkan bunga api tangan. Nikmatilah!
[Waktu terhad] Efek kelip-kelip muncil di pixiv!
Sehingga 30 Julai 2026 (Khamis), jam 12:00PM (waktu Jepun), pixiv menawarkan efek kelip-kelip untuk tempoh yang terhad.
Dengan menambahkan tag efek bermusim "#pixivGlowEffect", anda boleh menambahkan kesan cahaya kelip-kelip yang berkelipan pada karya anda! Jangan lepaskan peluang ini untuk mencubanya.
Jom saksikan imej fungsi ini di halaman Youtube rasmi pixiv!












































