Alunan muzik festival bergema - Koleksi ilustrasi festival musim panas

Gerai-gerai yang menghidangkan pelbagai makanan dengan aroma yang menyelerakan, bunga api yang menghiasi langit malam dengan warna-warni yang memukau, serta orang ramai yang menikmati kemeriahan festival sambil mengenakan yukata. Semuanya menjadikan festival musim panas dipenuhi dengan pemandangan yang mengujakan hati. Ia sememangnya salah satu acara yang tidak boleh dipisahkan daripada kenangan indah musim panas.
Kali ini, kami telah mengumpulkan koleksi ilustrasi bertemakan festival musim panas. Nikmatilah!
[Waktu terhad] Efek kelip-kelip muncil di pixiv!
Sehingga 30 Julai 2026 (Khamis), jam 12:00PM (waktu Jepun), pixiv menawarkan efek kelip-kelip untuk tempoh yang terhad.
Dengan menambahkan tag efek bermusim "#pixivGlowEffect", anda boleh menambahkan kesan cahaya kelip-kelip yang berkelipan pada karya anda! Jangan lepaskan peluang ini untuk mencubanya.
Jom saksikan imej fungsi ini di halaman Youtube rasmi pixiv!











































