Guru sihir yang boleh diharapkan! - Koleksi fanart Roxy Migurdia dari "Mushoku Tensei"

Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation ialah siri novel ringan karya Rifujin na Magonote. Siri ini mula diterbitkan pada tahun 2012 melalui laman web penerbitkan novel "Shousetsuka ni Narou", sebelum kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku.
Seorang lelaki berusia 34 tahun yang melalui kehidupan yang penuh penderitaan pada kehidupan sebelunnya dilahirkan semula ke dunia lain yang dipenuhi pedang dan sihir. Dengna tekad untuk "kali ini, aku akan menjalani hidup dengan bersungguh-sungguh", kisah ini mengisahkan perjalanan pertumbuhannya ketika dia bertemu keluarga dan rakan-rakan baharu. Mulai Julai 2026, musim ketiga anime TV ini mula disiarkan dan distrim, sekali gus menjadi topik hangat dalam kalangan peminat.
Watak yang menjadi fokus kali ini, Roxy Migurdia, ialah seorang guru persendirian yang mengajar sihir kepada protagonis, Rudeus ketika zaman kanak-kanaknya. Beliau merupakan ahli kaum Migurd yang berumur panjang, seorang ahli sihir bertaraf Water Saint, dan juga seorang guru yang amat dihormati oleh Rudeus dari lubuk harinya.
Kali ini, kami telah mengumpulkan koleksi fanart Roxy Migurdia. Nikmatilah!

2025 12 31
by ⍖
Daftar ke pixiv dan temui lebih banyak ilustrasi!
Dengan lebih daripada 100 juta karya yang dimuat naik, pixiv ialah komuniti terbaik untuk menikmati ilustrasi kreatif. Setelah mendaftar, anda boleh menanda buku karya kegemaran, mengikuti pengkarya, serta menggunakan fungsi carian terperinci untuk menemui lebih banyak karya yang sesuai dengan cita rasa anda.
Pendaftaran adalah percuma.













































