Tidur siang di mana jua♡ Koleksi fanart Lacrimosa daripada NTE: Neverness to Everness

NTE: Neverness to Everness ialah RPG dunia terbuka bandar realistik yang dibangunkan oleh Hotta Studio. Pemain berperanan sebagai pemburu Anomali yang menghadapi pelbagai insiden dan misteri di kota besar Hetero City, tempat di mana Anomali dan kehidupan harian wujud bersama. Di bandar tersebut, pemain juga boleh menikmati aktiviti seperti perlumbaan, memancing, dan berinteraksi bersama rakan-rakan.
Lacrimosa yang muncul dalam NTE ialah seorang gadis daripada E.T.D Skuad ke-4, pasukan elit yang bertanggungjawab mengawal dan menangani insiden anomali serta pelbagai kejadian luar biasa. Dia mempunyai gaya rambut berkembar dua tona hitam dan putih serta mata merah yang menjadi ciri khasnya.
Dia seorang yang mengikut rentaknya sendiri dan tidak begitu pandai bekata-kata, tetapi sifatnya yang tulus dan comel membuatkannya popular dalam kalangan orang awam. Dia sangat suka tidur sehingga boleh terlelap di mana-mana sahaja, selain mempunyai sisi yang amat menykai tomato.
Kali ini, kami telah mengumpulkan koleksi fanart Lacrimosa daripada NTE: Neverness to Everness. Nikmatilah!
Daftar ke pixiv dan temui lebih banyak ilustrasi!
Dengan lebih daripada 100 juta karya yang dimuat naik, pixiv ialah komuniti terbaik untuk menikmati ilustrasi kreatif. Setelah mendaftar, anda boleh menanda buku karya kegemaran, mengikuti pengkarya, serta menggunakan fungsi carian terperinci untuk menemui lebih banyak karya yang sesuai dengan cita rasa anda.
Pendaftaran adalah percuma.











































