Russian Roulette yang mempertaruhkan nyawa♡ Koleksi fanart Femme Soule dari Drunken Goddess Reflux

Drunken Goddess Reflux, pemainan survival minum alkohol yang mencabar pemain untuk menyertai permainan Russian roulette yang mempertaruhkan nyawa bersama syaitan alkohol. Dengan dunia yang mendebarkan dan reka bentuk watak yang menarik perhatian, permainan ini menjadi bualan ramai selepas jumlah pendaftaran dalam senarai wishlist di Steam, platform pengedaran permainan PC, melepasi 500,000. Permainan video ini dijadualkan untuk dilancarkan pada 8 Disember 2026.
Femme Soule ialah syaitan alkohol yang menanti pemain di bar neraka bernama "Pandemonium". Rambut merah jambu dengan jalur putih, tanduk besar, mata berlainan warna serta pakaian yang didominasi warna hitam menjadikan penampilannya begitu menonjol. Namun, di sebalik wajahnya yang comel, dia dikatakan mempunyai sisi yang gila, sehingga mahu menjadikan pemain miliknya untuk selama-lamanya. Pelbagai fanart menarik yang menggambarkan dirinya juga semakin banyak dimuat naik ke pixiv.
Kali ini, kami telah mengumpulkan koleksi fanart Femme Soule. Nikmatilah!















































