Di tengah perubahan musim♡Artikel popular pixivision Jun 2026
Bulan Jun kini hampir melabuhkan tirainya, dan kita semakin dapat merasakan perubahan musim di sekeliling kita. Pada hari-hari yang nyaman, terasa seronok juga untuk keluar bersiar-siar sebentar.
Di pixivision bulan ini, artikel ilustrasi bertemakan "tali leher reben" yang menambah seri pada bahagian leher, serta tema "hujan" yang begitu sinonim dengan musim ini, telah mendapat perhatian ramai!
pixivision juga diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa selain Jepun, termasuk bahasa Inggeris, Cina Ringkas, Cina Tradisional, Korea, Thai dan Melayu, dan telah dibaca secara meluas oleh pembaca dari luar negara. Dalam artikel ringkasan ini, kami membawakan artikel popular pixivision yang mendapat perhatian dari seluruh dunia sepanjang bulan Jun.
Jom kita saksikan apakah artikel yang telah mendapat paling banyak sambutan di seluruh dunia!







