Cabar semula dengan kemahiran sekarang! - Ilustrator Nagu berkongsi tip melukis semula karya lama

Pertandingan ilustrasi "Draw It Again! Illustration Contest" kini sedang berlangsung di pixiv. Pertandingan ini mengajak para peserta melukis semula karya yang pernah mereka hasilkan pada masa lalu mengikut gaya dan kemahiran mereka sekarang, kemudian memuat naik versi lama dan versi baharu bersama-sama.
Visual utama bagi pertandingan ini dihasilkan oleh ilustrator Nagu. Seiring dengan tema pertandingan, beliau juga telah menghasilkan versi baharu bagi salah satu karya lamanya.
Di saluran Youtube rasmi pixiv, turut tersedia video yang memaparkan proses penghasilkan visual utama oleh Nagu, di samping sesi perkongsian tentang cara berfikir dan tip untuk menghasilkan karya versi baharu.
Kali ini, kami akan memperkenalkan proses penghasilan visual utama tersqebut, bersama sebahagian daripada temu bual dengan Nagu serta beberapa kisah di sebalik tabir yang tidak sempat dimuatkan dalam video.
Jika anda ingin mendengar lebih banyak perkongsian daripada Nagu, jangan lupa tonton videonya juga!

- Nagu
Ilustrator.
Beliau aktid menghasilkan ilustrasi untuk novel ringan, reka bentuk watak, ilustrasi permainan dan pelbagai karya lain. Antara karya novel ringan yang beliau ilustrasikan termasuk GA Bunko "Komorie Hina wa Tomaranai!", Gagaga Bunko "Goddess of Victory: NIKKE - Seishun Burst Gakuen" dan Dengeki Bunko "Tenshi wa Tansan Shika Nomanai", selain banyak lagi judul novel ringan yang lain.
Selain itu, beliau turut terlibat dalam pelbagai bidang, termasuk menyertai pameran seperti Kanjou-ten: Menyampaikan Perasaan melalui Tanka dan Ilustrasi, yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada projek kebangsaan Jepun Nippon Haku 2.0 untuk mempromosikan seni dan budaya Jepun ke peringkat antarabangsa, serta penghasilan animasi.
Penerangan proses penghasilan semula karya Nagu!
── Mari kita mulakan dengan memperkenalkan diri anda dengan ringkas serta bidang apa yang anda terlibat.

Hai! Saya ialah Nagu, seorang ilustrator.
Kebiasaannya saya selalu lakukan reka cipta watak novel ringan, melukis ilustrasi untuk permainan video telefon pintar dan lain-lain.

Kali ini, bagi membolehkan anda lebih menikmati "Draw It Again! Ilustration Contest" yang sedang berlangsung di pixiv, saya akan mengimbas kembali proses penghasilan visual utama yang telah saya lukis khas untuk pertandingan ini.
Sambil itu, saya juga ingin berkongsi cara permikiran dan pendekatan peribadi saya ketika menghasilkan ilustrasi versi baharu.
Ilustrasi yang dilukis pada 2013
Ilustrasi yang dilukis pada 2026 untuk pertandingan kali ini
── Daripada pelbagai karya anda, mengapa anda memilih karya ini?

Karya ini berjudul "Planetes", yang sebenarnya diambil daripada tajuk lagu yang saya sering dengar pada waktu itu. Lagu tersebut ialah "Planetes" nyanyian EGOIST.
Semasa memilih karya untuk dijadikan lukisan semula, saya mendengar semula lagu itu. Liriknya yang berkisarkan tentang kembali kepada titik permulaan setelah melalui perjalanan yang panjang benar-benar selari dengan tema lukisan semula. Pada ketika itu saya terus terfikir "inilah karya yang patut saya lukiskan semula".



── Bagaimakah telah anda "lukiskannya semula"?

Sambil mengekalkan elemen teras karya asal, saya ingin menggabungkan kemahiran dan pengetahuan baharu yang telah saya pelajari sejak beberapa tahun kebelakangan ini agar jalan cerita dan tema ilustrasi dapat disampaikan dengan lebih jelas berbanding dahulu.
── Daripada semua elemen baharu yang ditambahkan kali ini, yang manakah anda rasa paling memberi kesan kepada keseluruhan karya?

Saya rasa perubahan yang paling besar ialah pelarasan pada kabel fon kepala.
Dalam karya asal, perhatian penonton seolah-olah hanya tertumpu pada watak, lalu berhenti di situ. Dengan adanya kabel fon kepala, pandangan mata kini dipandu mengelilingi keseluruhan ilustrasi hingga ke setiap sudut. Hasilnya, karya tersebut terasa lebih lengkap dan lebih mudah untuk dinikmati.
── Semasa melukis ilustrasi, adakan anda sudah mempunyai gambaran hasil akhir sejak awal, atau anda lebih kerap mencarinya sepanjang proses penghasilan?

Saya rasa ia benar-benar bergantung kepada keadaan.
Namun, untuk karya kali ini, sebaik sahaja saya mendengar lagu tersebut, imejnya terus muncul dalam fikiran saya.
Perkara seperti ini sebenarnya agak berlaku kepada saya. Ini kerana saya mempunyai satu rutin latihan sebagai pemanasan, saya akan memainkan senarai lagu secara rawak, kemudian cuba membayangkan ilustrasi yang sesuai dengan lagu pertama yang dimainkan pada hari itu. Saya sudah melalukannya secara semula jadi selama bertahun-tahun.
Jadi untuk karya kali ini juga, saya mendapat ilham tentang imej dan temanya daripada lagu tersebut, kemudian membangunkan ilustrasi berdasarkan idea itu.
── Adakah terdapat sesuatu yang anda rujuk apabila ingin menetapkan warna dan cahaya pada ilustrasi anda?

Untuk ilustrasi kali ini, saya sebenarnya tidak merujuk kepada bahan tertentu selain karya asal. Namun, dalam kebanyakan keadaan, saya bukan sahaja mendapatkan rujukan daripada ilustrasi, malah turut merujuk kepada fotografi dan sinematografi filem.
Terutamanya dalam filem, penggunaan warna, kombinasi warna dan pembingkaian untuk membangkitkan emosi serta menyampaikan jalan cerita benar-benar memberikan banyak pengajaran.
Saya sememangnya meminati filem sejak dahulu lagi, jadi secara semula jadi saya banyak menyerap unsur-unsur tersebut ke dalam karya saya.
Begitu juga denga cara yang mengawal suasana sesebuah ilustrasi melalui tahap ketepuan warna dan kontras warna. Saya rasa kepekaan itu terbentuk sedikit demi sedikit hasil daripada pendedahan saya kepada pelbagai bentuk seni.
── Apakah jenis filem yang paling kerap anda tonton atau jadikan sebagai rujukan?

Saya memang gemar filem yang bertemakan angkasa lepas. Antara yang paling meninggalkan kesan kepada saya ialah 2001: A Space Odyssey dan Interstellar.
Baru-baru ini pula, saya sangat menikmati Project Hail Mary. Visualnya benar-benar luar biasa.
Selain itu, saya juga kerap menonton karya-karya Studio Ghibli.
Cara mereka menggunakan warna dan keseimbangan komposisi untuk menonjolkan elemen tertentu serta membina suasana benar-benar menjadi sumber rujukan yang sangat berguna bagi saya.
── Adakah anda bercadang untuk terus melukis semula karya-karya lama anda seperti ini?

Ya, sebenarnya... Saya ada satu ilustrasi awal yang saya lukis sekitar tahun 2001. Ia pernah dimuat naik ke pixiv, walaupun sekarang saya sudah menyembunyikannya daripada tontonan umum, dan sejak sekian lama saya memang ingin melukisnya semula.
Semasa memilih karya untuk dilukis semula, saya benar-benar berbelah bahagi antara ilustrasi itu dengan karya kali ini. Namun, saya merasakan tema karya kali ini lebih sesuai dengan konsep pertandingan, jadi akhirnya saya memilihnya.
Oleh sebab itu, saya berharap suatu hari nanti saya juga berpeluan menghasilkan versi baharu bagi ilustrasi yang satu lagi.
Berbanding tahun 2011, saya pasti telah mengumpulkan jauh lebih banyak kemahiran dan pengalaman, jadi saya benar-benar ingin mencabar diri saya sekali lagi.








![[Tempoh terhad] Kelopak sakura berterbangan - Koleksi ilustrasi "#pixivSakuraEffect"](https://i.pximg.net/c/1200x630_q80_a2_g1_u1_icr0:0.178:1:0.548/img-original/img/2025/04/04/08/37/42/128934669_p0.jpg)



![Inilah Malaysia! - [ComicFiesta 2025 x pixiv Illustration Contest] Pengumuman keputusan dan pernilaian](https://i.pximg.net/c/1200x630_q80_a2_g1_u1_icr0:0.137:1:0.507/img-original/img/2025/11/26/23/07/41/137927805_p0.png)
![[Tempoh terhad] Hati memenuhi skrin ♡ - Koleksi ilustrasi "#pixivValentineEffect"](https://i.pximg.net/c/1200x630_q80_a2_g1_u1_icr0.114:0.128:1:0.455/img-original/img/2026/01/29/16/35/08/140511596_p0.jpg)

![[Edisi Asia Tenggara] Rantau baharu turut serta! - Laporan pelaksanaan Projek Duta pixiv Fasa 2](https://i.pximg.net/c/1200x630_q80_a2_g1_u1_icr0.002:0.078:1:0.447/img-original/img/2026/02/27/22/47/56/141704689_p0.jpg)


