Ilustrasi adalah sebahagian daripada kehidupan - Temu bual bersama pemenang hadiah utama pixiv High School Illustration Contest 2025, Mi×3

Pertandingan ini bermula pada tahun 2018 dan telah melahirkan ramai pengkarya muda yang berbakat. Mi×3 (Mimimi), yang memenangi hadiah utama dalam "pixiv High School Illustration Contest 2025" tahun lalu dan muncul sebagai juara daripada 1,497 penyertaan, telah mendalami lagi penerokaan terhadap bentuk ekspresi baharu melalui pertandingan ini. Kini, sebagai pelajar tahun ketiga sekolah menengah, beliau juga bersemangat dengan berkata, "Saya mahu menyertainya lagi tahun ini!".
Kami telah menemu bual Mi×3, pemenang hadiah utama tersebut, mengenai cara beliau mendekati hasil karyanya serta matlamatnya pada masa hadapan. Penemubualnya ialah Haruo, yang bertugas sebagai ketua juri pertandingan ini.
Isi kandungan
- Meraih hadiah utama pada percubaan kedua
- Menarik perhatian melalui idea dan impak visual
- Saya melukis sebab saya rasa seronok
- Menarik perhatian daripada warna, bukan komposisi
- Cabaran terakhir pelajar tahun 3 sekolah tinggi
- "pixiv High School Illustration Contest 2026" kini sedang berlangsung sehingga 30 Ogos (Ahad)!
- Temu bual bersama pemenang hadiah utama pixiv High School Illustration Contest

- Haruo
Sejak tahun 2004, beliau aktif sebagai ilustrator bebas dan bertanggungjawab dalam reka bentuk watak untuk permainan sosial serta ilustrasi buku. Kemudian, mulai tahun 2014, beliau menyertai sebuah syarikat permainan dan turut memperoleh pengalaman dalam bidang pengarahan dan pengurusan. Antara hasil kerjanya ilaha ilustrasi pembuka dan ilustrasi sisipan untuk edisi Disember 2009 majalah Shosetsu Subaru, "Kirishima, Bukatsu Yamerutteyo", serta ilustrasi kulit buku "Venus no Meidai" terbitan Kadokawa Bunko. Dalam pixiv High School Illustration Contest, beliau berkhidmat sebagai ketua juri.
Meraih hadiah utama pada percubaan kedua
── Sekali lagi, tahniah kerana memenangi pertandingan "pixiv High School Illustration Contest 2025"! Untuk kemenangan kali kedua kali ini, apakah yang membuatkan anda mahu menyertai pixiv High School Illustration Contest ini?

Karya-karya Umi sentiasa mempunyai tahap kesempurnaan yang tinggi dan saya sentiasa menghormati serta mengaguminya.
── Anda telah berjaya meraih hadiah utama daripada begitu banyak penyertaan. Apakah perasaan anda apabila mengetahui keputusannya?

── Saya teringin lihat reaksi pada waktu itu. Bagaimana pula reaksi daripada rakan-rakan sekolah dan orang di sekeliling anda?

Rakan-rakan sekolah saya mengucapkan "tahniah" semasa saya pergi ke sekolah keesokan harinya. Reaksi selepas saya memenangi hadiah agak besar, ada juga pelajar yang tak pernah menegur saya, tiba-tiba menyapa saya pada waktu itu.
── Rakan-rakan sekolah tahu yang Mi×3 boleh melukis rupanya!

Agak segan untuk saya sendiri berkata, tapi ada juga masanya bila rakan-rakan saya sendiri yang terperasan tentang itu. Saya juga melukis muka depan risalah untuk acara-acara sekolah, jadi rakan-rakan saya terperasan daripada melihatnya.
── Nampaknya anda memang terkenal di sekolah sebagai seorang yang pandai meluki. Selain reaksi daripada orang di sekeliling, adakah terdapat perubahan lain selepas anda memenangi anugerah ini?

Saya menjadi lebih yakin terhadap hasil lukisan saya sendiri. Pada waktu itu, emosi saya agak tidak menentu dan saya kurang yakin dengan karya saya. Namun, memenangi hadiah utama menjadi titik perubahan yang memberi saya keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri.
── Itu berita yang menggembirakan! Anda juga menerima hadiah wang tunai sebanyak 200,000 yen. Adakah anda menggunakannya untuk membeli sesuatu?

Saya membeli sebuah iPad yang dilengkapi dengan fungsi pengesanan tekanan stylus, yang mana saya memang idamkan sejak sekian lama. Saya jarang menggunakan komputer. Kebiasaannya, saya melukis hanya dengan menggunakan iPad. Oleh itu, saya memang sudah lama menginginkan model tersebut, dan saya sangat gembira apabila akhirnya dapat memilikinya.
Menarik perhatian melalui idea dan impak visual
── Perkara yang paling menarik perhatian para juri ialah komposisi ilustrasi yang menampilkan seorang gadis dalam sebuah buku skrap. Dari manakah datangnya idea tersebut?

Saya memang mempunyai tabiat mencari ilham untuk melukis dalam kehidupan seharian. Ssama ada ketika menikmati pemandangan atau melayari internet, jika ada idea yang terlintas di fikiran, saya akan segera mencatanya untuk disimpan. Semasa menghasilkan karya yang memenangi anugerah ini, saya mengimbas semula nota-nota tersebut dengan tema "masa" sebagai panduan. Saya merasakan bahawa buku skrap, yang boleh menghimpunkan setiap kenangan dalam satu tempat, sangat sesuai dengan tema itu, lalu memilih konsep tersebut. Saya juga sangat menyukai ilustrasi yang mempunyai impak visual yang kuat, jadi saya memberi perhatian khusus kepada komposisi agar orang dapat merasakan kekuatannya sebaik sahaja melihat karya itu.
Karya pemenang hadiah utama "pixiv High School Illustration Contest 2025"
── Ilustrasi ini benar-benar memberikan impak yang kuat, tepat seperti yang anda sasarkan! Keseluruhan karya juga kelihatan sangat seimbang. Adakah terdapat perkara tertentu yang anda beri perhatian semasa menghasilkannya?

Saya sangat menitikberatkan penggunaan warna dan padanan warna supaya keseluruhan karya kelihatan seragam. Walaupun saya menggunakan tona warna yang lebih lembut, saya tetap memastikan impak visualnya tidak berkurangan dengan memberi perhatian kepada keseimbangan keseluruhan. Kebiasaannya saya lebih banyak melukis watak, dan jarang melukis objek-objek kecil, jadi proses menghasilkan karya ini mengambil masa yang agak lama.
Saya melukis sebab saya rasa seronok
── Anda ada beritahu bahawa anda biasanya lebih banyak melukis watak. Apakah bahagian watak yang paling anda gemari untuk dilukis?

Sudah tentulah wajah watak, tetapi yang paling saya gemari ialah melukis tangan, kaki dan keseluruhan bentuk badan watak.
Karya penyertaan Mi×3 untuk "pixiv High School Illustration Contest 2024"
Karya penyertaan Mi×3 untuk "pixiv High School Illustration Contest 2024"
── Melihat pada cara tangan dilukis dalam karya anda, memang jelas bahawa anda seorang yang gemar melukis tangan. Adakah terdapat pengkarya yang anda kagumi atau jadikan rujukan dalam reka bentuk watak?

Ya, sanagat mengagumi Sakusha2. Sejak saya melihat karya beliau di internet ketika berada di penghujung sekolah rendah, saya terus menjadi peminatnya sehingga sekarang. Saya juga sangat menyukai cara beliau menggunakan warna dan berpendapat bahawa beliau mempunyai cita rasa seni yang luarb iasa. Malah, suatu ketika dahulu saya pernah berlatih dengan meniru karya-karya beliau.
── Nampaknya anda banyak berlatih reka bentuk watak melalui latihan meniru karya, ya?

Ya, betul. Pada asalnya saya lebih banyak melukis watak perempuan, jadi saya ingin membiasakan diri melukis watak lelaki juga. Sebab itu, saya pernah berlatih dengan meniru watak daripada komik "HUNTER×HUNTER", yang sangat saya minati pada waktu itu.
── Adakah anda mempelajari pengetahuan asas seperti penggunaan warna dan komposisi dalam ilustrasi?

Jika ada perkara yang saya ingin ketahui, saya akan mencarinya sendiri. Namun secara asasnya, saya lebih banyak belajar dengan mencuba sendiri menggunakan pelbagai alat, manakala teknik melukis pula saya pelajari melalui meniru karya untuk menambah pengalaman dan kemahiran saya. Sebelum mula melukis, saya juga akan membuat beberapa lakaran pantas (croquis) sebagai pemanasan, tetapi itu juga merupakan cara saya sendiri. Memandangkan melukis ialah hobi saya, saya lebih banyak melukis kerana saya menikmatinya, berbanding belajar secara formal melalui buku atau teks.
── Dapat melukis berasaskan apa yang anda "sukai" sememangnya satu kelebihan, baik dalam menghasilkan karya mahupun untuk terus berkembang sebagai seorang artis! Biasanya, berapa lamakah masa yang anda masa untuk menyiapkan sebuah karya asli?

Jika mengambil masa yang lama, sekitar 10 jam. Namun secara purat, saya mengambil kira-kira 5 jam untuk menyiapkannya. Sebernarnya, saya ingin meluangkan lebih masa pada setiap karya, tetapi masalahnya saya melukis terlalu cepat. Setakat ini, apabila saya benar-benar bersemangat, saya boleh menghasilkan sekitar 30 karya sebulan. Namun apabila saya sedang asyik bermain permainan video, kadang-kadang saya hanya menyiapkan satu atau dua karya sahaja dalam sebulan.
── Saya pun teringin dapat berkata, "masalahnya saya melukis terlalu cepat.". Bunyinya sangat hebat! Adakah pernah tiba masanya anda berasa, "saya dah tak mahu melukis lagi?"

Ada kalanya saya berasa begitu, tetapi saya jenis seseorang yang melukis untuk berehat daripada melukis. Jadi, selepas waktu sekolah mahupun pada hujung minggu, saya tetap melukis juga. (ketawa)
Menarik perhatian daripada warna, bukan komposisi
── Sebagai pemenang hadiah utama tahun lalu, anda telah diberi penghormatan untuk menghasilkan visual utama bagi "pixiv High School Illustration Contest 2026". Tema kali ini ialah "Passage". Bagaimanakan pengalaman anda melukis berdasarkan tema tersebut?

Apabila saya mendengar bahawa temanya ialah "Passage", saya terus berfikir bahawa saya mahu menghasilkan karya yang dapat memberikan rasa "aliran" atau pergerakan. Namun, menterjemahkan idea itu ke dalam ilustrasi ternyata agak sukar. Selain itu, kali ini saya juga mencabar diri untuk menggunakan kombinasi warna yang tidak pernah saya gunakan sebelum ini. Walaupun prosesnya agak mencabar, saya benar-benar memberi perhatian kepada penggunaan warna kerana saya mahu karya ini menarik perhatian melalui warnanya, bukannya melalui komposisinya.

Ilustrasi yang disiapkan
── Warna yang digunakan sangat cantik, dan memang jelas anda benar-benar memberi perhatian terhadap pemilihannya. Bagaimanakah anda menentukan kombinasi warna tersebut?

Sejak dahulu lagi saya memang menyukai warna pelengkap. Jadi, saya berulang kali mencuba pelbagai kombinasi yang dapat memanfaatkan kesan warna pelengkap, dan akhirnya saya memilih gabungan merah dengan biru yang cenderung kehijauan.
── Anda juga sangat mahir mengimbangi warna panas dan warna sejuk! Dalam ilustrasi yang anda hasilkan itu, bahagian manakah yang paling banyak mengambil masa?

Saya paling banyak meluangkan masa pada proses mewarna. Saya agak sukar untuk menterjemahkan idea dalam kepala kepada bentuk yang nyata, jadi saya sering menghadapi kesukaran ketika menghasilkan lakaran kasar dan lukisan garisan. Oleh sebab itu, saya biasanya mengimbangi kekurangan tersebut melalui proses mewarna. Untuk visual utama ini juga, saya menghasilkan beberapa cadangan lakaran kasar, dan proses itu mengambil masa yang agak lama. (ketawa)

Lakaran idea yang diterima

Lakaran idea

Lakaran idea
── Saya benar-benar kagum melihat lakaran idea yang anda hasilkan kerana setiap satunya mempunyai idea yang sangat pelbagai. Adakah idea untuk visual utama ini juga datang daripada nota-nota yang telah anda kumpulkan sebelum ini?

Ya, saya menghasilkannya berdasarkan nota-nota yang saya simpan serta ilham yang muncul dari semasa ke semasa. Sebelum saya berjaya mendapatkan lakaran kasar yang akhirnya dipilih, ada banyak juga lakaran yang saya rasa, "Hmm, ini bukan yang saya mahukan." Namun, kerana saya sudah mempunyai banyak idea yang dicatat dalam nota, saya dapat terus mula melakar cadangan baharu tanpa mengambil masa yang lama.
── Ilustrasi ini juga dipenuhi dengan pelbagai objek kecil, ya?

Sebelum ini saya jarang melukis objek-objek kecil, tetapi selepas melukisnya dalam karya yang memenangi anugerah, saya mula menyukainya. Untuk visual utama ini, saya memasukkan lebih banyak objek kecil berbanding karya yang memenangi anugerah dahulu. Oleh itu, saya memberikan perhatian khusus supaya keseluruhan ilustrasi tetap kelihatan harmoni dan mempunyai kesatuan yang baik.
── Saya rasa anda sangat mahir dalam "mengurangkan" elemen yang tidak perlu, dan penempatan objek-objek kecil serta keseimbangan warnanya juga sangat baik! Apakah pendapat anda tentang hasil karya yang telah siap?

Sudah tentu ada beberapa bahagian yang saya rasa, "Kalau boleh, saya ingin memperbaikinya sedikit lagi." Namun secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya menyatukan penggunaan warna dan lukisan watak dengan baik. Saya juga berpeluang melihat versi yang telah ditambah dengan teks, dan saya benar-benar gembira. Saya rasa hendak segera memberitahu seseorang mengenainya, tetapi saya berjaya menahan diri.

Visual utama "pixiv High School Illustration Contest 2026"
Cabaran terakhir pelajar tahun 3 sekolah tinggi
── Apakah jenis ilustrasi yang ingin anda hasilkan pada masa akan datang?

Saya ingin menghasilkan karya yang memberi lebih penekanan kepada reka bentuk watak dan juga latar belakang berbanding sekarang. Saya sangat menyukai pakaian seragam, jadi saya ingin melukis ilustrasi asli yang bertemakan pakaian seragam.
── Pakaian seragam memang boleh diolah dalam pelbagai gaya, sama ada bernuansa Jepun tradisional atau berkonsepkan sains fiksyen. Banyak ruang untuk bereksperimen! Adakah anda mempunyai impian seperti menerbitkan buku yang menghimpunkan ilustrasi anda?

Saya memang mengimpikan untuk menerbitkan sebuah buku koleksi ilustrasi, dan jika ada peluang yang sesuai, saya ingin merealisasikannya. Saya juga belum pernah menghadiri acara doujin sebelum ini, tetapi selepas peperiksaan kemasukan universiti selesai nanti, saya sudah berjanji dengan rakan untuk pergi bersama. Saya sangat teruja untuk melihat pelbagai karya yang dipamerkan di sana!
── Apakah yang ingin anda pelajari di universiti?

Pada masa akan datang, saya bukan sahaja ingin terus melukis ilustrasi, malah juga ingin mengembangkan kemahiran dan memperluaskan cara saya berkarya. Oleh itu, saya ingin mempelajari kaedah ekspresi baharu seperti penghasilan video dan grafik 3D. Di universiti nanti, saya berharap dapat mencuba pelbagai bidang agar dapat menemui perkara yang benar-benar sesuai dengan diri saya dan yang saya paling seronok lakukan.
── Pada masa hadapan, bagaimana anda ingin meneruskan hubungan anda dengan dunia ilustrasi?

Bagi saya, ilustrasi ialah sebahagian daripada kehidupan. Ia sudah begitu sebati dengan kehidupan dan diri saya sehingga saya tidak dapat membayangkan hidup tanpa melukis. Saya mahu terus menghargai perasaan "seronok" ketika melukis. Oleh itu, walaupun suatu hari nanti saya menjadikannya sebagai sumber pendapatan, saya lebih cenderung untuk melakukannya sebagai pekerjaan sampingan, bukannya kerjaya utama. Pada asasnya, saya berharap melukis akan sentiasa kekal sebagai hobi saya.
── Kami juga tidak sabar untuk melihat ilustrasi-ilustrasi yang akan anda hasilkan pada masa hadapan! Pada tahun 2026, anda kini berada di tahun ketiga sekolah menengah, jadi ini merupakan tahun terakhir anda layak menyertai pertandingan ini. Adakah anda bercadang untuk mengambil bahagian?

Ya, saya memang bercadang untuk menyertainya. Tema "Passage" agak mencabar, jadi saya sudah dapat membayangkan bahawa saya akan menghadapi banyak kesukaran. Namun, memandangkan ini peluang terakhir saya, saya benar-benar mahu memberikan yang terbaik!
"pixiv High School Illustration Contest 2026" kini sedang berlangsung sehingga 30 Ogos (Ahad)!
"pixiv High School Illustration Contest" ialah pertandingan ilustrasi untuk pelajar sekolah menengah yang dianjurkan oleh pixiv dengan tujuan melahirkan generasi baharu pencipta berbakat. Ilustrasi yang dihantar akan dinilai dari sudut pandangan profesional oleh ilustrator terkenal seperti Ixy dan Magotsuki, bersama syarikat-syarikat penaja yang menyokong objektif pertandingan ini.
Pemenang Hadiah Utama akan menerima wang tunai sebanyak 200,000 yen serta pelbagai hadiah menarik yang lain. Selain itu, para pemenang juga berpeluang menyertai projek-projek anjuran pixiv dan terlibat dalam penghasilan visual rasmi!
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 Ogos (Ahad), jam 11:59 malam (Waktu Jepun)
Jangan lepaskan peluang untuk mencabar diri anda pada musim panas ini!
>>>Maklumat mengenai "pixiv High School Illustration Contest 2026"<<<






![Inilah Malaysia! - [ComicFiesta 2025 x pixiv Illustration Contest] Pengumuman keputusan dan pernilaian](https://i.pximg.net/c/1200x630_q80_a2_g1_u1_icr0:0.137:1:0.507/img-original/img/2025/11/26/23/07/41/137927805_p0.png)






